Disable Highlight

Friday, June 27, 2014

#Allah_Tahu_Yang_Terbaik

Source: Google Images

Assalamualaikum.

Hati-hatilah dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Di saat kita selesa dan leka dengan nikmat tersebut, tanpa kita sedar, Allah sedang menarik kembali nikmat yang diberikan secara perlahan. Namun jangan pernah salah sangka dan menyalahkan takdir kerana nikmat itu adalah salah satu bentuk ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai hambaNya. Ianya bertujuan untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan yang ada dalam diri kita. Jadi kita sebagai hamba Allah seharusnya kita bersyukur kerana telah dipilih untuk mendapat kurniaan nikmat tersebut jika dibandingkan dengan orang yang tidak terpilih. 

Jazakallahu Khairan; 
Pelangi Itu Bukan Milikku.


Saturday, May 3, 2014

Karnival Saujana Utama 2014

Source: Zam Asan facebook wall
Assalamualaikum.
 
Mari beramai-ramai ke KARNIVAL SAUJANA UTAMA 2014 di padang Anggerik , Saujana Utama 1 pada 3hb & 4hb Mei ini. Berbagai acara akan berlangsung. MARI-MARI!!!
 
Ada apa2 nak tanya boleh berhubung terus ke https://www.facebook.com/zam.asan
 
*Promote 

Jazakallahu Khairan;
PELANGI ITU BUKAN MILIKKU. 

Friday, May 2, 2014

Dugaan Itu Sentiasa Ada

Source: Google Images

Assalamualaikum.
Entri kali ini sangat berkaitan dengan tajuk yang telah aku kemukakan di atas itu. Nak tahu apa sebabnya? Teruskan mengikuti penulisanku. 

Di saat aku memilih untuk berubah, ada saja dugaan yang sentiasa di sisi aku tanpa meninggalkan aku sejenak. Benar mungkin kata orang, "Mujahidah Itu Pahit, Syurga Itu Manis". Dalam perubahan ini, takkan semudah itu Allah SWT menguji kita dengan ujian dan dugaan yang terlalu senang sekali. Aku semakin keliru dengan kehendak hatiku ini.. Apakah benar dengan keputusan yang aku lakukan? Mana mungkin ianya palsu, kerana perubahan ini bakal mengubah kehidupanku, secara keseluruhannya. Aku cuba untuk berubah dari satu persatu hal. Namun, situasi dalam tanpa aku sedar, aku menyakiti hati sorang insan yang aku gelarkan Sahabat. 

Bicara tentang sahabat, seringkali aku dipersoalkan mengapa aku tidak ada di sisinya di saat dia memerlukan aku? Namun, perlukah aku huraikan kata sahabat yang menjadi takhta di hatiku.. Definisi sahabat yang selalu kedengaran dicuping telingaku hanyalah seseorang yang akan sentiasa ada di saat dia memerlukan kita dan disebaliknya juga. Bak kata orang lainnya, waktu susah dan senangnya bersama. Sahabat yang aku definisikan dalam jiwaku kini, sama persisnya cuma ianya amat berbeza bagiku. Sahabat bukan saja kita berkongsi aktiviti duniawi malahan juga aktiviti akhrawi. Di mana sahabat ini akan saling mengingatkan kita tentang dua dunia yang berkait dengan kehidupan kita (dunia dan akhirat). Walaupun kita tak sering bersua muka, namun aku sedikit takkan pernah lupakan doa'ku untuk kau sebagai sahabat akhrawiku. Syukran.

Tidak aku nafikan, jujur juga aku katakan, aku takkan pernah menyalahkan kau atas apa yang berlaku. Mungkin cuma perubahan hatiku menyebabkan aku agak sedikit kekok untuk kita luangkan masa bersama. Aku minta maaf. Aku tak sebaik dan sempurna seperti yang lainnya. Maafkan aku~

Bicara tentang dugaan, pelbagai ujian dan dugaan yang hadir apabila kita memilih untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Jadi, lakukanlah secara Istiqamah walaupun sedikit. Kadang mungkin kita leka dengan aktiviti lainnya tapi cubalah kita muhasabah diri di saat malam menjelma. Mungkin kita akan dapat jawapan. In Shaa Allah, aku akan terus untuk Istiqamah.

*Real friends want to be neighbours in Jannah.

Jazakallahu Khairan;
PELANGI ITU BUKAN MILIKKU.

Thursday, May 1, 2014

1st May 2014


Source: Google Images

Assalamualaikum.
Ini adalah blog aku yang baru saja aku buat untuk aku mulakan kehidupanku yang baru. Oleh kerana aku masih dalam Penghijrahan secara Istiqamah, maka tak banyak la yang akan aku sampaikan kat sini. Apapun aku cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang pernah dan akan sentiasa support aku sampai bila-bila. Insha-Allah, aku akan melakukannya secara Istiqamah :)

Jazakallahu Khairan;
PELANGI ITU BUKAN MILIKKU.